thermofluidddd

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu depan adalah minggu terakhir pensyarah mengambil kedatangan sesi perkuliahan. Banyak yang saya pelajari sem 2 ni adalah "short sem". Jadi bnyak subjek agak ketinggalan sekaligus tidak sempat untuk meghabiskan syllybus. Jadi ramai pensyarah  mahu membuat kelas tambahan terutamanya Encik Roshaizul. Beliau sangat hebat dan banyak membantu kami untuk mengetahui subjek thermofluid yang agak sukar bagi saya untuk memahami. Akan tetapi, beliau banyak memberi semangat kepada kami agar terus belajar dengan mengatakan bahawa bidang mekatronik ini sangat luas dan banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang. Ia dapat menambahkan semangat kepada saya untuk belajar walaupun tahu thermofluid ini adalah subjek "killer". Selain itu, beliau banyak memperkenalkan kepada saya dan rakan sekelas mengenai menjawab kuiz di internet. Tidak ramai pensyarah berbuat demikian. Akan tetapi, beliau banyak mengetahui anak anak muda zaman sekarang yang hanya bermain dengan gadjet sahaja. Sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan kepada saya dan dapat mencapai markah tertinggi dengan berpeluang menjawab kuiz sebanyak 3 kali dengan tidak lebih dari 13 minit untuk satu kuiz. Seterusnya, Encik juga banyak membantu kami untuk belajar dengan cara menggunakan gadjet untuk  men "download" aplikasi "Edpuzzle" dan "Kahoot". Di situ kami dapat menonton video sambil belajar dan mempunyai soalan untuk dijawab ketika menonton video tersebut. Di samping itu juga , minggu depan adalah minggu terakhir untuk kami menghantar video mengenai thermofluid. Satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Di dalam video tersebut perlulah menceritakan salah satu subjek thermofluid dengan berdurasikan 2-4 minit sahaja. Akhir sekali, encik banyak memberi kata semangat dan menbantu kami untuk mencapai keputusan yang baik . Saya akan usaha sebaik mungkin. Doakan kami ya encikkkk

Comments

Popular Posts