Permainan Dalam Pembelajaran

   6/3/2019

Saya diberi arahan untuk bermain permainan yang terdapat di CIDOS atas arahan pensyarah saya. Permainan tersebut bernama ‘Fireman Frank’. Cara bermain agak mencabar kerana tujuan utama permainan tersebut adalah untuk menjana kuasa. Jadi setiap pemain perlu mengisi terlebih dahulu, kemudian nyalakan api dan memasukkan arang. Dalam masa yang sama juga saya perlu memastikan enjin tidak mencapai tahap panas maksimum bagi mengelakkan berlaku letupan. Jadi saya perlu mengutip balon berwarna hijau untuk menyejukan enjin dengan cara melempar kearah ‘condenser’. Akhirnya saya berjaya menghabiskan permainan dengan skor gred A. Sebagai kesimpulan permainan tersebut mengajar kita bagaimana cara untuk menghidupkan enjin menggunakan konsep pemanasan wap. sekian terima kasih

Comments

Popular Posts