Subjek baru semester 2
Pada semester 2 kali ni, kami akan belajar matapelajaran baru iaitu thermofluids,"Dengar hanya satu perkataan, tetapi tersimpan beribu pengiraan".Kami sangat gembira kerana hanya matapelajaran ini sahaja yang mempunyai suasana pembelajaran yang selesa dan lebih maju berbanding di dalam bilik kuliah.Matapelajaran thermofluids ini mempunyai 5 bab yang kami belajar,Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi untuk kami habiskan bab 5 ini.Dalam bab ini kami telah belajar sampai tajuk entropy, tajuk ini hampir sama dengan tajuk specific heat at constant pressure & specific heat at constant volume yang mempunyai 5 benda yang perlu ingat iaitu Isothermal, Isometric, Isobaric , Adiabatic dan Polytropic. Kelima lima ini mempunyai formula tersendiri yang perlu dilihat dengan teliti dan pandai menggunakanya, Bukan tajuk entropy sahaja yang perlu fokus pada formula tetapi tajuk-tajuk lain juga, kerana formula ini selalu berubah-ubah mengikut kehendak soalan yang diberi.Bagi saya, saya selalu fokus pada bahagian pengiraan kerana saya sering melakukan kesilapan dibahagian itu.Ini sahaja daripada saya dan saya harap orang yang membaca ini dapat mendoakan saya mendapat pointer yang tinggi pada setiap semester dan berjaya dunia akhirat.

Comments
Post a Comment