Doktrin test 1
24 Januari 2019, merupakan hari khamis yang paling menghantui hidup aku. Manakan tidak, test bagi subjek yang sering digelarkan sebagai "killer" subjek oleh senior yang lepas kini aku hadapi. Bukan perkara abnormal bagi aku bila hampir- test baru hendak "push", baru timbul kesungguhan. Kadang aku terfikir, adakah aku memikul amanah memerah keringat bermandi peluh semata demi angka perpuluhan yang berlimitasikan empat. Sedang dunia terdesak memerlukan manusia berotak, aku sibuk melatih diri menjadi pencetak. InshaAllah aku cuba betulkan niat belajar thermofluid demi pembangunan umat manusia dari segi lahiriah mahupun zahiriah. Terima kasih Encik Roshaizul. Doakan kami pelajar DEM2S2.

Comments
Post a Comment